Nuffnang adds

Halaman

Ahad, 27 Oktober 2013

Sustained Release Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C Shaklee telah diperbaharui. Vitamin C Shaklee ini diperbaharui dan dipertingkatkan dengan Citrus Bioflavonoids.

Apa itu Bioflavonoid?
Dikenal dengan nama vitamin P. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapati dari makanan.

Apa manfaat Bioflavonoid?
Bioflavonoid berkesan bekerja bersama dengan vitamin C.Bioflavonoid membantu tugas vitamin c iaitu:

  • menjaga kekuatan pembuluh kapilari darah
  • Menjana collagenagar tetap dalam keadaan sihat
  • membantu penyerapan vitamin C
  • mencegah kerosakan vitamin c kerana pengoksidaan
  • mengurangkan hipertensi
  • mengurangkan pendarahan
  • mencegah kerosakan rangkaian penghubung
  • membentuk pelindung terhadap jangkitan



Ahad, 20 Oktober 2013

Kepentingan dan cara buang toksin dalam badan?

Detox atau Nyahtoksin adalah aktiviti yang dilakukan oleh badan bagi menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.

Toksin dari mana?
Toksin dalam tubuh badan kita datangnya dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan kita melalui macam-macam cara seperti:


  • Udara: udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan.
  • Makanan / minuman: makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan: Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
  • Radiasi: pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • Makanan tidak hadam: makanan yang tidak hadam dan tinggal dalam usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • Dehidrasi dan Malbutrisis: kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbals enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu detox
  • masalah penghadaman
  • sembelit
  • sakit kepala
  • jerawat
  • penuaan pra-matang
  • letih
  • berat badan berlebihan
  • insomnia

Detox dengan Shaklee!
Bagi membantu proses detox Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya:

Alfalfa Complex (Detox Seluruh Tubuh)
Herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan digelar "Raja Segala Tumbuhan". Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

DTX Complex(Detox Hati)
Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

Garlic (Detox Darah)
Dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemarry & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semula jadi meningkatkan sistem imun tubuh.

Herblax(Detox Usus)
Gabungan 9 herba semulajadi- daun alfalfa, daun jati cina(senna), biji adas manis cina(anise seed), bunga mallow biru(Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biji jintan manis(fennel), akar rhubard & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit.

Hubungi:

Saya Fiza, pengedar sah Shaklee [ID No: 894146] No.TEL:016-5725193(delivery ke seluruh Malaysia)... Jika anda seorg yg mementingkn kesihatan & kecantikan semulajadi pastinya anda memilih jenama Shaklee...

Detox hati

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ' pusat industri pemrosesan' dan pembersih racun dalam tubuh kita. Hati berupaya membina dirinya sendiri.

Antara fungsi hati adalah:

  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak dan penyerapan vitamin larut lemak(A,D,E,F,K)
  • Bertindak sebagai 'penapis' dan ejen detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun seperti dadah dan bahan bernitrogen seperti ammonia
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Penting untuk metabolisma lemak
  • Menyimpan vitamin dan mineral tertentu
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus
  • Menyingkirkan hormon yang berlebihan
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua
  • Mengawalatur metabolisma karbohidrat, lipid dan asid amino
  • Menghasilkan protein plasma tertentu seperti albumin
  • Menghasilkan bahan pembekuan darah


Hati bekerja setiap masa dan apabila terlalu banyak bekerja kualiti pembersihannya semakin merosot. Dunia masa kini penuh dengan pencemaran selain lambakan makanan yang diproses menjadikan hati bekerja lebih daripada biasa. Selain itu pengambilan junk food, rokok, minuman beralkohol, menghidu asap kenderaan, bahan kimia, ubat-ubatan yang berterusan boleh membebankan hati.

Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksin dalam badan akan menyerang organ tubuh yang lain. Anda akan mudah jatuh sakit. Bantulah hati anda untuk menjalankan tugasnya dengan lebih efektif. Hati bukan sahaja terpaksa melaksanakan tugas-tugas 'wajib' bagi hati, malah memerlukan masa bagi membaikpulih dirinya sendiri. Hati memerlukan bantuan bagi membersihkan dirinya (detox hati) dengan lebih efektif sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.

DTX Complex merupakan supplement yang dirumuskan untuk kesihatan hati.


DTX Complex daripada Shaklee mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati. DTX terdiri daripada:

Ekstrak biji benih pokok susu tisel(milk thistle seed)
-Menghasilkan 80% silymarin yang kaya dengan antioksida
-melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubat-ubatan dan bahan kimia
-merawat masalah hati
-membantu mencegah dan merawat masalah batu karang 
-membantu dalam masalah kulit

Artichoke
-membina semula sel-sel hati dan merangsang pengaliran hempedu 

Dandelion
-membantu fungsi hati dan mengawal bengkak hati atau jaundice
-membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu
-membantu mencegah batu karang
-merawat endometriosis, bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
-meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan anemia
-melawan tumor dan kanser
-merendahkan paras gula dalam darah
-untuk masalah kembung dan lebihan air

Kunyit
-mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan 
-anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan

Reishi mushroom (Ling Zhi)
-membina imuniti dan membantu mencegah kanser
-mengurangkan masalah bronkitis dan sinus
-merawat sindrom keletihan yang kronik
-membantu mecegah penyakit jantung

Schizandra
-mengandungi antioksida
-merangsang protein
-meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
-memperlahankan pembentukan toksin

DTX Complex mempunyai formula yang dipatenkan. Hanya terbaik dari Shaklee.


Shaklee Independent Distributor
ID: 894146
Fiza- 0165725193 

DTX Complex Detox Hati

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ' pusat industri pemrosesan'. Hati berupaya membina dirinya sendiri.

Antara fungsi hati adalah:

  • Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai 'penapis' dan ejen detoksifikasi
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Penting untuk metabolisma lemak


Dunia masa kini penuh dengan pencemaran selain lambakan makanan yang diproses menjadikan hati bekerja lebih daripada biasa. Hati memerlukan masa bagi membaikpulih dirinya sendiri. Hati memerlukan bantuan bagi membersihkan dirinya(detox hati) sekaligus menjadikan hati lebih berkesan.


DTX Complex daripada Shaklee mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati. DTX terdiri daripada:

Ekstrak biji benih pokok susu tisel(milk thistle seed)
-melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubat-ubatan dan bahan kimia
-merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit

Artichoke
-membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu 

Dandelion
-merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit

Kunyit
-mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi)
-membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung

Schizandra
-merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin 

DTX Complex mempunyai formula yang dipatenkan. Hanya terbaik dari Shaklee.


Shaklee Independent Distributor
ID: 894146
Fiza- 0165725193 

Sabtu, 12 Oktober 2013

Whitehead & Blackhead


Di kalangan wanita dah tempek bedak tebal-tebal nie mesti blackhead & whitehead tu masih nampak kan???

Nak cita sikit…

Whitehead
Bintik kecil yang berwarna putih terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-poro kulit. Kita kena minum air yang banyak dan makan buah-buahan bagi mengelak whitehead ni.

Blackhead
Blackheads atau komedo boleh dikategorikan sebagai jerawat yang belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di mana bahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaan udara.

Blackheads terdiri dari keratin (sel kulit) dan sebum yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.Bintik kecil terjadi akibat kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan.

Sel kulit menjadi mati disebabkan pori-pori kulit berminyak menjadi semakin besar dan kasar. Apabila pori-pori di tutup sepenuhnya maka terjadi lah Jerawat. Blackhead nie boleh menyebabkan jerawat.

Antara punca kepada masalah blackhead ialah kerana pemakaian produk yang berasaskan minyak, dan masalah ketidakseimbangan hormon. Produk berasaskan minyak boleh menyebabkan lian-liang roma tersumbat dan kerana itulah boleh merangsang pertumbuhan jerawat dan boleh terjadinya blackhead.


Bagi membantu masalah blackhead Supplemen berikut boleh mengurangkan:

GLA Complex adalah satu supplement yang membantu menstabilkan hormon baik lelaki mahupun perempuan.

Vitamin E membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru.

Vitamin B-Complex membantu dalam sintesis dan tisu baru, membantu dalam pengagihan oksigen pada tisu, mengatur hormn, terlibat dengan pertumbuhan sel, membantu dalam keadaan stress, memelihara kulit dari dalam dan menghilangkan garis-garis halus pada muka.

Vitamin C membentuk kolagen yang mengukuhkan sel kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh(healing untuk membantu pemulihan luka dan kudis.

Hubungi saya di :

0165725193

Shaklee Independent Distributor
ID: 894146

Isnin, 7 Oktober 2013

[Ostematrix Shaklee umpama pil tidur]



Ganaz sangat ke bunyinya...heee

Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga pada waktu malam sedangkan masa tersebut adalah masa untuk tidur. Untuk mendapatkan tidur yang lena, tahap kalsium dalam badan perlu normal.

Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Bahan ini diperolehi dalam kebanyakan produk bersusu.

Selain itu, magnesium yang tinggi juga boleh menyumbang tidur yang lena. Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang tidur yang lebih lena.

Kenapa Ostematrix?
-Mengandungi 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
-400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
-400 IU (100%) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Shaklee [ID No: 894146]
Shaklee Independent Distributor
No.TEL:016-5725193(pm/sms/ whatsapp - delivery ke seluruh Malaysia)

Isnin, 5 Ogos 2013

Tips turunkan berat badan dan kurus dengan cara yang betul


Tips menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Ada orang yang berdiet tak makan nasi, tak makan makanan berlemak, tetapi berat hanya turun sekejap sahaja. Apabila kita telah letih berdiet berat akan bertambah 2x ganda daripada biasa.

Sebabnya- walaupun berat turun, badan sebenarnya bukan membakar lemak, tetapi membakar otot perlu yang penting untuk badan. Otot yang berada dalam badan kita akan berfungsi membakar lemak dengan lebih cepat.
Apabila kita berdiet secara drastik, berat badan memang akan turun kerana otot kita yang hilang.
Apabila berhenti berdiet, otot yang membakar lemak tadi dah tiada, jadi badan lebih sukar untuk membakar lemak secara semulajadi . Akibatnya dengan pengambilan makanan yang banyak, badan tidak mampu membakar lemak pada keadaan asal, menyebabkan badan naik lebih banyak dari sebelum berdiet.

Keadaan ini yang kita panggil sebagai diet yo-yo!

Oleh itu, berdietlah secara sihat, agar otot  perlu dalam badan kita tidak hilang, tetapi lemak yang berjaya kita hapuskan!

Bagaimana nak berdiet secara sihat?

BAKAR LEMAK + PELIHARA OTOT = BERAT TURUN + BADAN LANGSING

Bagaimana nak diet dan nak bakar lemak tanpa menjejaskan otot?

Jom cuba Cinch Shake Shaklee! Cinch Shake ialah protein terbaik di pasaran, ini kerana ia membekalkan 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral yang penting serta 6 gram serat larut.

  • Cinch membantu membina otot, menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori
  • Makanan yang kaya dengan protein membantu rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar antara masa makan
  • Diperkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Bagi yang gemarkan manisan atau makanan manis, cinch memberikan anda kepuasan kerana setiap perasa cinch sangat lazat. Minum chocolate cinch umpama anda makan satu bar chocolate! So tak de la rasa nak mengunyah je kan..
  • Ia bukan sahaja membantu menurunkan berat , malah mengurangkan lebihan inci di badan anda.
  • Kekal bertenaga sepanjang program diet anda.
 

Dengan Cinch, tiada lagi diet yo-yo.. Ini antara testimoni customer yang berpuas hati dengan Cinch..

Jumaat, 10 Mei 2013

Period Pain (Senggugut)

Kaum wanita sering kali mengalami senggugut setiap kali datang bulan. Setiap orang akan mengalami senggugut yang teruk dan ada yang mengalami senggugut yang biasa. Bagi senggugut yang teruk sesetengahnya tidak dapat membuat kerja dan terpaksa berehat atau berbaring sambil menahan senggugut tersebut.

Period pain/menstrual cramps ialah disebabkan oleh pengecutan uterus boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berjam-jam lamanya. Setiap kali mengalami senggugut pasti kita akan mengambil pain killer ataupun Ponstan bagi mengurangkan rasa sakit. Tahukah anda, pengambilan Ponstan (atau nama lainnya mefenamic acid) dengan kerap akan menyebabkan pendarahan serta luka pada perut dan usus.  

Adakah senggugut boleh dielakkan?

Bagaimana cara untuk mengelakkan atau mengurangkan period pain ini? 
  1. Perbaiki diet dengan makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan serat. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  2. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
  3. Banyakkan minum jus buah-buahan. Elakkan minum teh dan kopi beberapa hari sebelum period.
  4. Ambil vitamin tambahan seperti vitamin B untuk mengurangkan kekejangan, sakit urat saraf dan sakit belakang. Mengambil Vitamin E dapat membaiki peredaran darah, dan untuk membaiki tisu. Zink dan kalsium juga mengurangkan kejang dan kekembungan. Kalsium dan magnesium mengurangkan keletihan, mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dalam tubuh.
  5. Banyakkan makan salmon dan tuna yang mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea. 
  6. Kekal aktif dengan bersenam dengan berjalan dan sebagainya.
  7. Tenangkan fikiran dengan mendengar lagu, menonton filem kelakar
  8. Letakkan botol atau pad berisi air panas ke atas perut. Menurut kajian, kesannya sama seperti mengambil ubat penahan sakit.
  9. Urut bahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja



Anda juga boleh mengamalkan suplemen SHAKLEE untuk membantu anda mengatasi masalah senggugut ini. Antara suplemen yang sesuai ialah :
  •  B Complex : Vitamin B dikatakan boleh membantu mengurangkan rasa sakit urat saraf, sakit belakang juga kekejangan semasa datang haid. Hospital Wanita Kebangsaan di New Zealand telah mengkaji alternatif kepada perubatan konvensional dan penggunaan pengambilan pemakanan tambahan untuk melegakan kekejangan haid yang menyakitkan. Kajian menunjukkan bahawa 100 mg vitamin B-1 diambil setiap hari adalah satu rawatan berkesan untuk kesakitan yang dikaitkan dengan haid, seperti yang disiarkan dalam "Pangkalan Data Cochrane Ulasan Sistemik" pada tahun 2001 
  • GLA Complex : GLA Complex mengandungi gamma linolenic acid serta Vitamin E yang dikatakan dapat melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid secara tradisional.
  • OsteMatrix : Mengandungi Kalsium serta Magnesium, yang dapat membantu masalah sengugut, sepertimana yang dicadangkan di atas.



Isnin, 6 Mei 2013

Bawang Putih sebagai antibiotik

       Bawang putih atau nama saintifiknya "ALLIUM SATIVUM" telah digunakan sejian lama sebagai elemen masakan dan juga ubat atau penawar. Nilainya dengan kualiti terapeutik telah diakui sejak beribu tahun lalu di serata dunia. Ia menjadi pilihan yang sangat baik sebagai antibiotik semulajadi.

      Setiap bebawang putih ini mengandungi 4 hingga 20 ulas dan setiap spesies ini mengandungi zat besi dan vitamin-vitamin dengan kandungan antibiotik. Apabila bawang putih dihancurkan, dikunyah atau dipotong, ia akan mengeluarkan sebatian berkait sulfur yang dikenali sebagai ALLICIN. ALLICIN ini adalah bahan kimia yang memberi rasa dan bau kepada bawang puih. Dan ALLICIN inilah yang memberi nilai perubatan/terapuetik bawang putih.


      Bawang putih boleh dikenali dengan mudah dari bentuknya dan kulitnya seperti kertas putih tipis dengan bau yang menyengat. Sekalipun banyak jenisnya, namun boleh dikatakan manfaatnya sama saja. Bawang putih boleh diambil dalam pelbagai bentuk, seperti yang secara mentah, kering, ekstraknya, serbuk, minyak bawang putih, hingga dalam bentuk tablet atau kapsul.

7 Manfaat bawang Putih untuk kesihatan:

1. Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin C serta merupakan sumber yang baik daripada thiamin atau vitamin B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.
2. Kajian telah membuktikan bahawa bawang putih mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut Allicin. Ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi rasa dan bau. Sebatian Allicin tersebut dianggap sebagai bahan aktif utama yang bertanggung jawab bagi manfaat bawang putih untuk kesihatan. Para ahli menyokong penggunaan bawang putih tua yang terbukti mengandungi konsetrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.
3. Bawang putih ini sering disyorkan untuk menjadi alternatif suplemen kesihatan bagi pesakit kolesterol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan mencegah kanser, seperti kanser perut atau usus. Walau bawang putih dianggap mempunyai kandungan toksisiti (zat beracun) yang rendah, namun ada perkara yang patut diwaspadai ketika menggunakannya, kerana boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.
4. Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutikekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras homocysteine darahdan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus. Mereka yang mengambil insulintidak harus mengambil ubatan bawang putih tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.
5. Bawang putih digunakan sebagai ubat jangkitan (terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan, dan jangkitan kulat seperti seriawan (thrush). Bawang putih boleh digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.
6. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah,menghalang pertumbuhan bakteria dan digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
7. Kemanafaatan bawang putih didapati ada bersangkutpaut dengan memerangi dan mencegah selesema biasa.  Ciri ciri antivirus dan antibakteria memungkinkan ia menjadi sebab mengapa bawang putih bermanafaat untuk selsema. Mengambil bawang putih mentah bila selsema, dapat mengurangkanjangkitan dan membantu melawan selsema.