Nuffnang adds

Halaman

Jumaat, 10 Mei 2013

Period Pain (Senggugut)

Kaum wanita sering kali mengalami senggugut setiap kali datang bulan. Setiap orang akan mengalami senggugut yang teruk dan ada yang mengalami senggugut yang biasa. Bagi senggugut yang teruk sesetengahnya tidak dapat membuat kerja dan terpaksa berehat atau berbaring sambil menahan senggugut tersebut.

Period pain/menstrual cramps ialah disebabkan oleh pengecutan uterus boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berjam-jam lamanya. Setiap kali mengalami senggugut pasti kita akan mengambil pain killer ataupun Ponstan bagi mengurangkan rasa sakit. Tahukah anda, pengambilan Ponstan (atau nama lainnya mefenamic acid) dengan kerap akan menyebabkan pendarahan serta luka pada perut dan usus.  

Adakah senggugut boleh dielakkan?

Bagaimana cara untuk mengelakkan atau mengurangkan period pain ini? 
  1. Perbaiki diet dengan makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan serat. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  2. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
  3. Banyakkan minum jus buah-buahan. Elakkan minum teh dan kopi beberapa hari sebelum period.
  4. Ambil vitamin tambahan seperti vitamin B untuk mengurangkan kekejangan, sakit urat saraf dan sakit belakang. Mengambil Vitamin E dapat membaiki peredaran darah, dan untuk membaiki tisu. Zink dan kalsium juga mengurangkan kejang dan kekembungan. Kalsium dan magnesium mengurangkan keletihan, mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dalam tubuh.
  5. Banyakkan makan salmon dan tuna yang mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea. 
  6. Kekal aktif dengan bersenam dengan berjalan dan sebagainya.
  7. Tenangkan fikiran dengan mendengar lagu, menonton filem kelakar
  8. Letakkan botol atau pad berisi air panas ke atas perut. Menurut kajian, kesannya sama seperti mengambil ubat penahan sakit.
  9. Urut bahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja



Anda juga boleh mengamalkan suplemen SHAKLEE untuk membantu anda mengatasi masalah senggugut ini. Antara suplemen yang sesuai ialah :
  •  B Complex : Vitamin B dikatakan boleh membantu mengurangkan rasa sakit urat saraf, sakit belakang juga kekejangan semasa datang haid. Hospital Wanita Kebangsaan di New Zealand telah mengkaji alternatif kepada perubatan konvensional dan penggunaan pengambilan pemakanan tambahan untuk melegakan kekejangan haid yang menyakitkan. Kajian menunjukkan bahawa 100 mg vitamin B-1 diambil setiap hari adalah satu rawatan berkesan untuk kesakitan yang dikaitkan dengan haid, seperti yang disiarkan dalam "Pangkalan Data Cochrane Ulasan Sistemik" pada tahun 2001 
  • GLA Complex : GLA Complex mengandungi gamma linolenic acid serta Vitamin E yang dikatakan dapat melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid secara tradisional.
  • OsteMatrix : Mengandungi Kalsium serta Magnesium, yang dapat membantu masalah sengugut, sepertimana yang dicadangkan di atas.



Isnin, 6 Mei 2013

Bawang Putih sebagai antibiotik

       Bawang putih atau nama saintifiknya "ALLIUM SATIVUM" telah digunakan sejian lama sebagai elemen masakan dan juga ubat atau penawar. Nilainya dengan kualiti terapeutik telah diakui sejak beribu tahun lalu di serata dunia. Ia menjadi pilihan yang sangat baik sebagai antibiotik semulajadi.

      Setiap bebawang putih ini mengandungi 4 hingga 20 ulas dan setiap spesies ini mengandungi zat besi dan vitamin-vitamin dengan kandungan antibiotik. Apabila bawang putih dihancurkan, dikunyah atau dipotong, ia akan mengeluarkan sebatian berkait sulfur yang dikenali sebagai ALLICIN. ALLICIN ini adalah bahan kimia yang memberi rasa dan bau kepada bawang puih. Dan ALLICIN inilah yang memberi nilai perubatan/terapuetik bawang putih.


      Bawang putih boleh dikenali dengan mudah dari bentuknya dan kulitnya seperti kertas putih tipis dengan bau yang menyengat. Sekalipun banyak jenisnya, namun boleh dikatakan manfaatnya sama saja. Bawang putih boleh diambil dalam pelbagai bentuk, seperti yang secara mentah, kering, ekstraknya, serbuk, minyak bawang putih, hingga dalam bentuk tablet atau kapsul.

7 Manfaat bawang Putih untuk kesihatan:

1. Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin C serta merupakan sumber yang baik daripada thiamin atau vitamin B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.
2. Kajian telah membuktikan bahawa bawang putih mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut Allicin. Ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi rasa dan bau. Sebatian Allicin tersebut dianggap sebagai bahan aktif utama yang bertanggung jawab bagi manfaat bawang putih untuk kesihatan. Para ahli menyokong penggunaan bawang putih tua yang terbukti mengandungi konsetrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.
3. Bawang putih ini sering disyorkan untuk menjadi alternatif suplemen kesihatan bagi pesakit kolesterol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan mencegah kanser, seperti kanser perut atau usus. Walau bawang putih dianggap mempunyai kandungan toksisiti (zat beracun) yang rendah, namun ada perkara yang patut diwaspadai ketika menggunakannya, kerana boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.
4. Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutikekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras homocysteine darahdan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus. Mereka yang mengambil insulintidak harus mengambil ubatan bawang putih tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.
5. Bawang putih digunakan sebagai ubat jangkitan (terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan, dan jangkitan kulat seperti seriawan (thrush). Bawang putih boleh digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.
6. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah,menghalang pertumbuhan bakteria dan digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
7. Kemanafaatan bawang putih didapati ada bersangkutpaut dengan memerangi dan mencegah selesema biasa.  Ciri ciri antivirus dan antibakteria memungkinkan ia menjadi sebab mengapa bawang putih bermanafaat untuk selsema. Mengambil bawang putih mentah bila selsema, dapat mengurangkanjangkitan dan membantu melawan selsema.


Ahad, 5 Mei 2013

Performance Drink

Performance Drink(Shaklee) minuman tenaga isotonik.

Shaklee mempunyai minuman isotonik yang dikenali sebagai Shaklee Performance Drink(Pure Hydration Drink). Performance Drink ini popular di kalangan ahli sukan. Kita biasa minum minuman isotonik yang biasa di kedai. Adakah semua itu sama nilainya dengan Performance Drink? Mungkin yang dijual di kedai jauh lebih murah ternyata Performance Drink jauh lebih baik, kenapa? Betulkah Performance drink ini minuman isotonik? Shaklee menggelarkannya "Performance Drink" ialah kerana telah terbukti di makmal bahawa:






Performance Drink Shaklee minuman Isotonik










Performance Drink ini adalah:
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • mengandungi sedikit natrium bagi mempercepatkan penyerapan cecair oleh tubuh bagi mengurangkan berasa haus
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes
  • kurang gula (less sugar) 

Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah atau bersukan
  • melakukan kerja berat seperti buruh binaan dan nelayan
 
Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
  1. Mereka yang aktif bersukan .
  2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  3. Mereka yang menghidap gout.
  4. Ibu yang menyusukan anak.
  5. Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  6. Mereka yang kurang minum air.
  7. Mereka yang kerap sakit kepala.
  8. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  9. Kanak-kanak yang demam.
  10. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)  
 
Nurhafizah Sabawi 
Shaklee Independent Distributor (iD: 894146)
No.TEL:016-5725193(pm/sms/ whatsapp - delivery ke seluruh Malaysia) 
Credit to :

Performance® Maximum





Minuman kecergasan untuk para atlet dan sesiapa saja. Lebih dikenali sebagai Performance Drink...

Minuman ini di syorkan kepada sesiapa sahaja yang sering letih dan memerlukan lebih tenaga untuk bekerja.


Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.