Period pain/menstrual cramps ialah disebabkan oleh pengecutan uterus boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berjam-jam lamanya. Setiap kali mengalami senggugut pasti kita akan mengambil pain killer ataupun Ponstan bagi mengurangkan rasa sakit. Tahukah anda, pengambilan Ponstan (atau nama lainnya mefenamic acid) dengan kerap akan menyebabkan pendarahan serta luka pada perut dan usus.
Adakah senggugut boleh dielakkan?
Bagaimana cara untuk mengelakkan atau mengurangkan period pain ini?
- Perbaiki diet dengan makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan serat. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
- Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
- Banyakkan minum jus buah-buahan. Elakkan minum teh dan kopi beberapa hari sebelum period.
- Ambil vitamin tambahan seperti vitamin B untuk mengurangkan kekejangan, sakit urat saraf dan sakit belakang. Mengambil Vitamin E dapat membaiki peredaran darah, dan untuk membaiki tisu. Zink dan kalsium juga mengurangkan kejang dan kekembungan. Kalsium dan magnesium mengurangkan keletihan, mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dalam tubuh.
- Banyakkan makan salmon dan tuna yang mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
- Kekal aktif dengan bersenam dengan berjalan dan sebagainya.
- Tenangkan fikiran dengan mendengar lagu, menonton filem kelakar
- Letakkan botol atau pad berisi air panas ke atas perut. Menurut kajian, kesannya sama seperti mengambil ubat penahan sakit.
- Urut bahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja
Anda juga boleh mengamalkan suplemen SHAKLEE untuk membantu anda mengatasi masalah senggugut ini. Antara suplemen yang sesuai ialah :
- B Complex : Vitamin B dikatakan boleh membantu mengurangkan rasa sakit urat saraf, sakit belakang juga kekejangan semasa datang haid. Hospital Wanita Kebangsaan di New Zealand telah mengkaji alternatif kepada perubatan konvensional dan penggunaan pengambilan pemakanan tambahan untuk melegakan kekejangan haid yang menyakitkan. Kajian menunjukkan bahawa 100 mg vitamin B-1 diambil setiap hari adalah satu rawatan berkesan untuk kesakitan yang dikaitkan dengan haid, seperti yang disiarkan dalam "Pangkalan Data Cochrane Ulasan Sistemik" pada tahun 2001
- GLA Complex : GLA Complex mengandungi gamma linolenic acid serta Vitamin E yang dikatakan dapat melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid secara tradisional.
- OsteMatrix : Mengandungi Kalsium serta Magnesium, yang dapat membantu masalah sengugut, sepertimana yang dicadangkan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan