Nuffnang adds

Halaman

Jumaat, 26 April 2013

Collagen tidak terdapat di dalam tumbuhan


Tahukah anda!!!

Kolagen tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang.

Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.

Bahan penting kolagen:

Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organ-organ dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.

Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti.

Kolagen dalam badan berkurang:

Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.

Kolagen terbentuk dari vitamin c:

Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. Vitami C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.

Kekurangan vitamin c akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100gram rumpai laut hanya mengandungi lebih kurang 35miligram vitamin C.   

Pengambilan 1 miligram lebih vitamin c setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxyproline. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simpton-simpton termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah(dan berdarah) serta lesu melampau.

Sariawan berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri(dan arteriol) dalam otak. Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.

Sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan